Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

SEKIRANYA MALAIKAT BOLEH KULIHAT

SEKIRANYA MALAIKAT BOLEH KULIHAT

siang semalam,
adalah tirai-tirai kehidupan;
silih berganti sepanjang musim,
berbilion mata memerhatikan;
mereka yang berdiri diam,
mereka yang berjalan menyusur haluan;
termasuk mereka yang baring kiam,
sekiranya malaikat boleh kulihat;
pastilah aku akan takut,
membaling darjat mengumpat menyakat;
tanganku pun salamnya erat,
menulis kata-kata taubat;
di halkum disebut,
doa benar-benar melekat;
ke ufuk barat,
jauh ke dasar kiblat;
sebagai yang terindah ulung terhebat,
itu pun sekiranya malaikat boleh kulihat.

Bayu.
Semporna,Sabah.
180913.

No comments:

Post a Comment