Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, September 24, 2013

Perjalanan Perjuangan

Perjalanan Perjuangan

Secawan kopi sekotak rokok
Memikir setiap keluk
Akal diketuk ketuk
Otak masih berkecamuk

Hadirnya dia dengan demokrasi
Pilihan di tangan pengundi
Jawapan tidak disenangi
Semua mengeluh sendiri

Gerombolan tiba berarak
Sampai suara serak
Nasi menjadi kerak
Negara terus berselerak

Ekonomi mainan mereka
Alasan sentiasa direka
Marhaen yang terasa
Memendam rasa jiwa terseksa

Hidup perlu diteruskan
Perjuangan perlu diteruskan
Mencari keseimbangan, ketenangan
Demi zuriat masa hadapan

112354Sep13
A.K
Lumut

No comments:

Post a Comment