Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, September 23, 2013

LANGKAH KEYAKINAN

LANGKAH KEYAKINAN

Jangan kunci pintu kiblat
mentari tidak akan bersinar
alam tidak menghijau
tenang damai tidak bertandang
bahagia tidak menjengah
mahligai kelam

tundukkan dahi rendahkan hati
angkat tangan menadah rahmat
buka jiwa langkah yakin
cahaya melorong ke syurga
di situ destinasi
kedamaian abadi

yahyaisa
Segamat Johor
06092013

No comments:

Post a Comment