Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, September 24, 2013

Jangan Buat

Jangan Buat

Sungguh tidak larat
Hati ini dijerat
Diri telah diikat
Kerana si dia memikat;
Masa remaja yang singkat
Jangan dihambat
Dengan cinta ketat
Kerana dosa jadi pekat
Nanti melekat
Dalam diri jadi karat;
Di malam yang likat
Berbual duduk rapat
Kalau iman tidak kuat
Jangan duduk dekat;
Kita bukan malaikat
Jangan cuba sepakat
Hendak buat
Sesuatu yang jahat;
Syaitan senang melihat
Syaitan tidak sekat
Tapi apa kita dapat?
Dosa berlipat
Tanggungjawab berat
Nanti badan tinggal sekerat
Mencari rezeki sampai berkeringat;
Ingat,
Jangan fikir hanya hangat-hangat
Jangan kata dua kali sukat
Berfikiran tepat
Bertindak cepat
Bila cinta sudah diikat
Nikah dengan sah sebelum buat.

Ilham Minda,
Precious Hope
11/09/2013

No comments:

Post a Comment