Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 1, 2013

SATU CERITA YANG TERHENTI

SATU CERITA YANG TERHENTI

Menyusuri lorong lamun yang menyapa fikirku
ada rentetan cerita yang masih ketinggalan
lalu mengocak kolam rasa yang telah cuba kupujuk
agar tenang menjalari hidup demi satu kehilangan
tika cinta masih kudodoikan dalam buaian harap
…dan di pinggir kenangan itu aku
yang cuba mencari kembali akan sebaris janji
dalam deretan kata-kata yang pernah dilafazkan
untuk aku memahami akan erti satu kelukaan.

Dodoian ini masih terus kulagukan
kerana di situ sisa harapku masih ada
biarpun cerita itu tidak kuhabiskan
aku hanya ingin kembali seperti dulu
mengenang…sendiri dan sepi
moga kelukaan ini akan bisa menyembuh
dan untuk hari esok
akan ada ruang buat aku menoktahkan cerita ini
untuk aku menemukan dengan sebuah jawapan
biarpun mungkin perpisahan
akan menjadi ayat terakhir
dalam ceritaku.

Qalam Bertinta
Klang
30072013
1439pm

No comments:

Post a Comment