Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 1, 2013

SATU CERITA BISU

SATU CERITA BISU

Kutanam perdu harap pada sebidang janji yang engkau hamparkan
dalam mengira detik-detik waktu yang semakin meninggalkan
ada harapan yang kusandarkan pada setiap lontaran kata-katamu
kukutip setiap huruf yang berserakan tika musim meluruhkan asa
dalam kemarau hati yang gersang, kering tanpa bicara
setiap katamu mengundang maksud yang cuba kurungkaikan
agar perdu harap menjadi rimbunan redup menaungi setiap nuasa
untuk kita sama-sama ukirkan kata pada teduhan janji
dan mencipta bening biarpun tanpa suara...sunyi
kerana di situ ada pengertian yang cuba kusiratkan dalam memaknai
pun ada rasa yang berselindung dalam tanya satu persoalan
pada titik terakhir sebuah cerita bisu.

Qalam Bertinta
Klang
28072013
1815pm

No comments:

Post a Comment