Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, August 5, 2013

Cerminan Diri

Cerminan Diri

Beritahu aku tentang semangatmu,
Yang membara,
menyala,
Bagaikan obor di tanganmu.

Ekspresikan dirimu,
Mahupun rasamu,
Yang dulu kausimpan,
Luahkan,
Takkan aku dan niatku menghalang,
Biarkan,
Itu hakmu.

Sendiri berdiri,
Berdikari,
Dirempuhi ombak lautan,
Dihalangi pagar duri,
Kini kebal..
Emosi dirimu.

Jangan kauangkuh,
Walaupun pada sang semut,
Walaupun pada kuman,
Kaudiberi peluang ,
Dan kebebasan,
Bersuara,
Mendengar,
Melihat,
Memilih.

Kauharus tahu,
Masih ada di dunia ini,
Yang tidak merasa nikmat yang kaurasa.

Norlisa Binti Abdullah
020813,8.12a.m

No comments:

Post a Comment