Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, August 1, 2013

BUNGA API TAHRIR

BUNGA API TAHRIR

Bunga api Tahrir
yang bebal
gila
gembira meraikan
sungai darah Kaherah dan Iskandariah
anak-anak bangsa seagamamu

anak-anak dan ibu-ibu
serta pejuang kedamaian
penuntut hak
penuntut keadilan
tanpa senjata
melainkan doa
ketika subuh dan sahur
ratusan terkorban
ribuan cedera
dihujani peluru
tubuh berkecai
nyawa melayang

di mana Eropah, Amerika
nilai-nilai Eropah
yang menjaja erti demokrasi
PBB
mengapa buta
BBC, CNN membisu
Kenapa?

yahyaisa
Segamat Johor
28072013 (19 Ramadan 1434)

No comments:

Post a Comment