Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 23, 2012

Spekulasi

Spekulasi

Mari kita berspekulasi ... ,
beragak-agak
atau berteka-teka: kata mudahnya;
akan apa yang mahu kita teka
menarik minat di hati semua manusia
baik yang tua mahu pun yang muda
tidak terkecuali jantina yang ada - uda baik dara.

Tapi! .... apa ya? ... yang mahu kita teka
bukan mudah hendak direncana
banyak benda kalau mahu diambil kira
baik dari segi manusia
mahupun alam sekitar kita
hendak pula tentang kehidupan mayapada.

Ah! ... tak kiralah!
Apa sahaja pun bolehlah kita buat agenda
sedangkan pilihanraya pun kita asik berteka-teka
imbuhan untuk pekerja kerajaan
dalam bentangan belanjawan pun sedang diteka-teka
jadinya! ... apalah nak dikira-kiranya
bedallah sahaja apa yang hendak dispekulasi oleh kita semua.

Asalkan kita bahagia - jom main teka-teka!.

ss/spl/pm ... 23/9/2012.

No comments:

Post a Comment