Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 26, 2012

Sambutlah cinta

Sambutlah cinta

Saat cinta datang
Terimalah dengan redha
Usah ragu menerima
Andai ada rasa itu
Cinta
Sekiranya telah hilang
Usah dikesali
Kerana bukan mudah untuk ia kembali
Cinta
Mengapa ada duka
Dalam melayarinya
Mengapa ada sengsara
Sedangkan tak siapa ingin derita
Ada yang kata cintailah Allah
Kerana pasti tidak kecewa
Namun lupakah mereka
Adam juga perlukan Hawa
Fitrah manusia hendak ditegah
Siapalah kita tanpa cinta
Tanpa cinta kita tak mampu
Mencintai Rasul dan PenciptaNya
Janganlah menolak cinta
Kerna ia satu anugerah dari Ilahi
Untuk hambaNya
~tenang~
25092012 10:55

No comments:

Post a Comment