Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, September 17, 2012

Sambil Menyelam Minum Air

Berkarya, berpuisi, berpantun
dan juga bersyair
ada kalanya juga aku suka bercerpen
bercerita tentang kehidupan
asam garam di daratan
itu semua kegemaran dan kecintaan aku
terhadap kehidupan di alam maya
yang luas tiada bersempadan
semuanya berada di hujung jemariku yang bergemalaian
dan adakalanya juga aku suka menyelam ... ,
menyelam di daratan sambil menghiburkan
setiap insan dan juga teman
yang dahagakan kasih sayang dan juga perhatian
namun tidak pernah aku mengambil kesempatan
kerana bagiku
teman-teman adalah intan berlian
dan aku hanyalah kaca yang bergemerlapan
menghiburkan ... semampunya aku
sehingga adakalanya aku sendiri yang terdampar - kekeringan.

Bukannya aku! ... menyelam sambil mengambil kesempatan.

ss/spl/pm ... 17/9/2012.

No comments:

Post a Comment