Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, September 11, 2012

SALAH SIAPA


bukan nak mengata
lelaki perempuan sama saja
bila tanya punca
masing-masing kata bukan sebab dia

ayah ibu sibuk bekerja
dari pagi sampai senja
lebih parah lepas senja pun ada
semua kejar dunia

cari harta berjuta-juta
konon nak selesa
beli banglo gah sasa
kain baju nak yang berjenama
kasut stoking pun sama
semuanya buatan luar negara
kalau kereta tidak kurang hebatnya
meluncur laju di jalanraya sebab tinggi kuasa kuda

aksesori wanita apa kurangnya
semua ada jenama buatan luar negara
sampai cincinpun harga juta-juta
bila sebuat sistem keluarga
semua sebut ana punya.....lu siapa

masjid penuh masa raya
hari biasa sunyi sahaja
ada majlis ilmu agama semua kata tiada masa
bila di tanya kenapa...semua tumpu pasaraya
hidup berjiran sudah tiada
silap tegur kena dakwa

dalam masyarakat apa kurangnya
masing-masing ada hala
anda msikin tak apa....asal aku kaya
bila ada kes teraniaya guru jadi mangsa
sebab kalau didik jangan dera
ibu bapa ikut suka
bila dijemput bincang fasal anaknya
semua kata tiada masa
akhirnya anak-anak jadi mangsa

anak-anak apa kurangnya
bila ayah ibu cukup jaga
rakan taulan akan persenda
akan kata ini bukan zaman purba
kenapa mesti duduk dalam gua....
kalau fikir pening dibuatnya
....
sampai bila ......
selagi tiada kerjasama
dari marhaen sampai yang berkuasa
dari miskin sampai kaya..
siang malam mohon doa jauhkan dari segala bala bencana.

Ilham:
YHI
11092012

No comments:

Post a Comment