Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 8, 2012

QALAM BERTINTA BERSELOKA BERPUISI

Ingin berpuisi
Tapi ilham seakan mati
Masih enggan menghampiri
Menghantar realiti mahupun ilusi
Untuk aku lakarkan di sini
Menyusun tiap huruf berseni
Menzahirkan kata hati
Bukan minta disimpati
Cukuplah sekadar mengerti
Pada setiap insani
Yang melawat laman ini

Pada yang mungkin takpuas hati
Tempat komen sedia untuk diisi
Namun biarlah dari hati yang suci
Bukan untuk mengeji
Apa lagi berhasad dengki
Kerna puisiku sekadar bicara hati
Tidak ada kena mengena sama sekali
Pada yang hidup mahu pun yang dah mati
Namun jika tersentuh hati nurani
Jari sepuluh kuhulur agar dimaafi
Moga tidak disimpan di dalam hati

Mohon Qalam Bertinta berhenti di sini
Hari pun dah dinihari
Mata takterdaya nk dibuka lagi
Esok banyak tugas yang menanti
Meneruskan hidup di bumi fana ini
Panjang usia bertemu kembali
Tapi sebelum terus berhenti
Nak “ahaksss…” sekali saja lagi
Bukannya apa sekadar identiti
Qalam Bertinta cipta sejak azali
"Ahaksss..." lagi sekali

Salam suci salam puisi…!

Qalam Bertinta
08092012
0325am

No comments:

Post a Comment