Diusia mu yang ke 55 wahai Merdeka aku
Aku merasa begitu jelas untuk menyingkap sejarahmu
Namun semakin usiamu menghinjak tua
Aku merasa bahawa Merdeka aku semakin dilupa
Apa cukup percikan bunga api diangkasa
konsert artis ternama dimerata-rata
perarakan dan sambutan dimana-mana
sebagai bukti bahawa Merdeka aku tidak dilupa
Laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
55 tahun yang dulu apakah semangatnya masih sama hari ini
Aku sedih melihat mu wahai Merdeka aku
Bagiku kau cukup besar dan selayaknya mendapat penghargaan yang lebih
Bukan sekadar ingatan tapi juga diamati menjadi sebahagian dari hidupku
Semoga Merdeka aku tidak penat dan akan terus berjuang
Agar aku terus merasa bebas dan tidak terjajah lagi
Bukan hanya kata tapi lekat dihati kekal selamanya
Aku cinta kamu wahai Merdeka aku
- QalbuMusytaqun -

No comments:
Post a Comment