Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, September 10, 2012

~♥ Mencari kasihmu ♥~

Di muncah berkandil bulan
germelap wahai sang bintang
sungguh berat rubsyah yang alaf
bagaikan rasian alam fantasi

Kiruh hati dalam khali
alpa aku tidak sekali
dalam afsun menjadi mentera
namamu di bibirku sahaja

♥ Kata Bantu :

Berkandil bulan – di sinari cahaya purnama
Muncah – puncak/ menara/ bahagian tinggi
Germelap – berkilauwan berkelap-kelip
Rubsyah – penantian
Alaf – jangka masa seribu tahun
Rasian – mimpi
Kiruh – kacau/ tidak tenteram
Khali – sunyi/ kosong
Afsun – mentera/ lafas

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 10/ September/ 2012
~ 01:00pm

No comments:

Post a Comment