Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 12, 2012

KERUSI

Kerusi adalah alat duduk yang perlu dimiliki,
Elok dipakai untuk duduk dalam urusan har-hari,
Ranjau adat kita boleh nilai dalam jumud diri malar tanpa henti,
Urusan di atas kerusi selalunya ada hasil sejati boleh sampaikan janji,
Sesenang mana pun kita bersila demi adab kita boleh duduk di atas kerusi,
Impian duduk di atas kerusi kekadang jadi penyebab kita disayangi.

Kelangsungan kerusi digunakan di dalam pemilihan parti,
Enak terasa kalau duduk di atas kerusi selesa nampak berseri,
Realitinya kerusi untuk orang politik duduk bukan tempat memaki,
Untuk yang faham dan pandai guna kerusi tokoh ini wajib berdiri di sini,
Supaya urusan masyarakat terbela tidak tersisih nanti,
Ikhtiar untuk duduk ambil kerusi kerana dengannya kelak kita dihormati.

Kerusi juga digunakan sebagai alat memainan idelogi,
Esok atu lusa dan di mana saja kita sudah pandai gunakan kerusi,
Ramai di kalangan bijak pandai gunakan kerusi,
Uruskan hal-hal soal peribadi,
Selesaikan unggun api,
Ingin nobatkan Negeri dan Negara mari duduk di atas kerusi.

Kerusi ada harga diri,
Kerusi tempat menilai budaya sendiri,
Kerusi juga jadi rebutan di dalam parti,
Kerusi memberi ruang untuk menakluki bangsa yang suka berkelahi.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu
Segamat,Johor.
26.12.2011 @ 1630 hrs (Isnin).

No comments:

Post a Comment