Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, September 18, 2012

KAU PENGGODA

KAU PENGGODA

Disedut lagi
Mata pejam penuh imaginasi
Dijilat mesra punggung gebu bulat
Dihembus nafas lega

Kepulan menyelebungi ruang
Biru kelabu
Mata kuyu puas
Mongel dimamah bibir biru

Batuknya belum kurang
Nafsu gian memuncak tidak tertahan
Secawan kopi teman setia
Satu kepuasan berbahaya

Kau pemusnah dalam nikmat
Bukan dengan keris atau senjata
Di perutmu seribu racun yang berbisa
Diragut usia belum masa

Pujuk rayumu terus menggoda
Tanpamu aku lesu
Lemah tidak bermaya
Rayuanmu terus mencengkam jiwa

Kau memang penggoda
Keranamu aku sanggup berbelanja
Pilihan pelbagai citarasa
Ikut selera pengguna.

Korbanmu meningkat saban masa
Muda dan tua semua kena
Serangan barah terus bermaharajalela
Kempen membencimu sia-sia sahaja.

YHI
Segamat, Johor.
18092012.

No comments:

Post a Comment