Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, September 24, 2012

~ Jambangan Kasih, Rindu Melambai ~

~ Jambangan Kasih, Rindu Melambai ~

Pelupuk denai cinta
kian mekar mewangi
dalam jambangan
rindu yang melambai
tika gelisah melanda benakku

Angsana bebulir kasih
menyelubungi jiwa
tika garapan bait-bait
syair menghiasi ruang
hati

Segugus tirai rindu
membungkam sukma
di kala rentetan cinta
menyapa sanubari
di muara kasih di hujung penantian

Di pangkuan ribaan cinta
tika gemersik rindu
mengintai kamar hati
yang sepi dalam sendu
sedan

Lembayung kasih
dalam hembusan rindu
menitip embunan cinta
dalam paluan persada
yang mengasyikkan

Belaian resapan kasih
membuncah relung
asmara cinta syahdu
meronai pelangi
rembulan merindu tersenyum jua...

'Jambangan Kasih, Rindu Melambai'...dalam ketulusan cinta...

24hb September 2012 Isnin
7.50pm
SNQ

No comments:

Post a Comment