Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 2, 2012

HUT. KEMERDEKAAN KE 55

Bila syair kemerdekaan didendang
penuh semangat seru berkumandang
indah sungguh suasana di pandang
berbagai persembahan acara padang.

Hari merdeka 31 ogos
datang beramai sesak bergugus
biar berpanas dibakar hangus
namun semangat sentiasa telus.

Kasih sayang pada pertiwi
tidaklah ingin kita khianati
sentiasa setia tersemat di hati
negara tersohor di persada kini.

Allah memberi segala nikmat
hidup sempurna sepenuh rahmat
jagalah negara biar selamat
awasi musuh pembawa khianat.

Setialah rakyat amat diharap
jangan Melayu jatuh tertiarap
janganlah jadi pagar diharap
akhirnya padi habis dilahap.

Negara kita sedang diuji
buruk dan baik mesti dikaji
jangan asyik termakan puji
merdeka kita biar ke mati.

Hidup di dunia hanya sementara
jadilah kita sebaik warga
sentiasa mengasihi pada negara
negara berdaulat aman sejahtera.

Che Fauziah Idris
Kuala Kurau
Perak
1 Sept 2012
11.26 am.

No comments:

Post a Comment