Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 23, 2012

Hujan Dan Kehidupan

Hujan Dan Kehidupan

Dalam hujan ada kehidupan
yang bercerita di sebalik simbahan
ada rinai, ada lebatnya
ada juga rintik dalam ributnya.

Semuanya berhubung kait
di antara manusia dan alam sejagat
ada rinai dalam manusia
dan dalam manusia ada lebat serta ributnya.

Dalam zaman yang serba pantas
tuntas dan penuh cabaran kelangsungan hidup
kisah manusia yang rinai akan ketinggalan di belakang
dan yang pantas seperti ribut
akan terus memacu, pacuan kederasan.

Tetapi! ... andai lebat ributnya membadai gelora
jenguklah kebelakang buat seketika, berteduh sementara
kerana dalam kelebatan ribut, pasti ada kelukaan
yang mencacah parut di muka berdakapan
dan gerimis pasti mengundang, rinai ...kan pasti mendatang.

ss/spl/pm ... 23/9/2012.
(tercipta dari semboyan puisi karya Angah Arie yang bertajuk Hujan)

No comments:

Post a Comment