Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 22, 2012

Coretan Duka

Coretan Duka

Kucoretkan sebuah kata
dari bibir yang terluka
menggaris duka dalam sengsara
melakar resah dalam gelisah
gundah gulana membaham rasa
derita cinta tiada penawarnya
episod lara membakar jiwa
memasung minda dalam gerhana
kupancing cinta di lubuk berpuaka
terlucut kail dari simpulannya
joranku patah terbelah di bucunya.

Goyahnya jiwa kerana cinta.

ss/spl/pm ... 21/9/2012.

No comments:

Post a Comment