Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 22, 2012

BILA ILHAM TIDAK MENJENGAH



Resah membawa gundah
tika hati semakin berdarah
cuba melakar warna-warna indah
di kanvas hidup yang hampir rebah
menanti jawapan yang taksudah
dan cintamu pun bertukar wajah
hinggakan semuanya kauanggap mudah
aku kau buat seperti sampah
memandang pun hanya dengan mata sebelah
macamlah aku ini tidak berfaedah
semakin hari kausemakin menyampah
dan tanpa kata walau sepatah
kauangkat kaki dan terus belah
tinggalkan aku yang dok terngadah
takberkelip mata hanya menelan air ludah
dan bila kauhilang di simpang sebelah
aku ketawa berdekah-dekah
menjerit sampai naik mengah
seronok dan sikit pun takrasa bersalah
kerana memang itu yang aku serapah
supaya kaucepat belah
sebab ramai lagi yang dok menadah
menunggu aku sampai kesudah

entah apa-apa entah
dah tak ada ilham yang menjengah
merepek saja tak sudah-sudah
rasanya dah cukup dah
ini bukan madah berhelah
saja suka-suka nak bermadah
harap maaf kalau ada silap salah
lain kali bila ada masa tertumpah
bolehlah Qalam Bertinta menyambung hujah

Qalam Bertinta
21092012
2221pm

No comments:

Post a Comment