Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 12, 2012

Biarlah

Biarlah bangsaku bertatih di dalam gelap malam,
Igaunya adalah kesanggupan yang perlu dihebahkan,
Agar bangsaku tidak lama berharap dan muram,
Rimbun harapan yang dijanjikan,
Luhur terucap agam,
Adil terbina dalam kewajaran kesempurnaan,
Hajat dan impian biarlah selamanya tidak terbungkam.

Biarlah bangsaku berjalan di dalam hujan lebat,
Biarlah bangsaku mengapai cita-cita dan harapan,
Biarlah bangsaku menjulang tinggi harga diri dan martabat,
Biarlah bangsaku merawat minda juga perasaan,
Biarlah bangsaku hidupnya santai sepanjang hayat.

Biarlah bangsaku berlari ke rimba siang waktu pagi,
Biarlah bangsaku memulakan jejak langkah hakiki,
Biarlah bangsaku jangan memaki,
Biarlah bangsaku jangan mencaci,
Biarlah bangsaku jangan menyakiti,
Biarlah bangsaku jangan memungkiri janji,
Biarlah bangsaku jaga maruah dan harga diri,
Biarlah bangsaku tidak menanam hasad dengki,
Biarlah bangsaku nukilkan nama sebagai alamat diri,
Bukan tanda kejahatan berakarumbi,
Biarlah bangsaku terbilang di dalam peradaban yang tinggi,
Biarlah bangsaku tanpa dendam di hati.

Biarlah bangsaku berdikari dengan cara sendiri,
Biarlah bangsaku memilih garis-garis pemisah,
Biarlah bangsaku membetulkan diri sendiri,
Biarlah bangsaku mencari yang benar bukan mencari yang salah,
Biarlah bangsaku tidak mengkhianati,
Biarlah bangsaku tidak membaling batu sorok tangan berhelah,
Biarlah bangsaku menghidu bau tanah bersama semua suku bangsa selepas hujan pagi,
Biarlah bangsaku tidak pandai pilih kasih.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu
Semporna,Sabah.
13.12.2011 @ 1815 hrs (Selasa).

No comments:

Post a Comment