Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 12, 2012

Biarkanlah Aku Berlalu

Biar patah sayap malamku
biar rebah menyembah tanah terkulai rinduku
biar berdarah pekat memerah, mindaku kehilangan nafsu
biar mereput dimamah ulat, jasadku di makam waktu
namun hati! ... ,
akan kukeraskan laksana batu
seumpama sayap yang tidak pernah berpelepahkan bulu
akan kubiarkan ianya menyepi di hatiku
kerana rindu - menyakitkan; aku
biarlah! ... ,
biarkanlah aku berlalu.

Kerana aku tetap aku.

ss/spl/pm ... 11/9/2012.

No comments:

Post a Comment