Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 22, 2012

Apa Sebenarnya ?

Apa Sebenarnya ?

Kalau tidak kerana sikapmu
takkan jadi begini jalan hidupku
tidak salah jika kau pasrah pada ketentuan
tanpa memerah nilai kehormatan
tapi sikap rakusmu
segalanya ingin kau genggam
kau bukan kehidupanku
kau tak pernah punya semangat juang
tak pernahmenghitung setiap titisan fikiran
tergamak kau bina keangkuhan
berselindung di sebalik keagamaan
kau semai ketamakkan atas nama Tuhan
membuai insan terlena dalam keasyikan
kau terus berdiri berlagak
kau didihkan air mata pengorbanan
ribuan mangsa korban dalam perjuangan
sedangkan matamu buta melihat penderitaan
tiada kebencian dihati
tetapi kemarahan ini meledak sendiri
mengapa tergamak kau mungkir janji
keindahan,keamanan
kesucian dan kebahagaian
yang sangat aku harapkan
tapi kau bukan aku
kau hanya tetamu yang keliru
membungkus diri dalam kepalsuan
sanggup berbicara atas nama syaitan
ketika aku yakin kau dekat pada Tuhan..

No comments:

Post a Comment