Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 8, 2012

ALAM YANG MENGAJAR KITA

ALAM YANG MENGAJAR KITA

Di bendang ini ada batas dan permatang..
tempat aku bersimpuh meraut buluh,
membuat layang-layang mainan angin..
buluh yang kecil kutebok lubang..
kubuat seruling untuk mainan malam..
cuba cuba berhibur sendiri..
sambil mulut riuh mengalau pipit...
joran kail terjatuh ditarik haruan..
lepaslah lauk untuk satu malam...

Tika senja yang dibalut kesunyian..
melabuhkan tabir malam..
batas batas ini juga disusuri..
mencari senduduk ranting bercabang..
untuk disambung dengan getah gelang..
habis lidah kasut orang tua menjadi pelapik..
kerana geramkan burung merbuk dan punai tanah..
yang kesejukan dek hujan semalam..
andai bijak menuju sasaran...
lepaslah untuk digoreng keesokan..

Kenangan ini mendewasakan aku..
menjadi lebih tabah dan insaf diri..
tanpa menuntut sesuatu secara percuma..
aku tau aku masih boleh berdikari...
kini aku mulai mengerti..
kenapa anak-anak bangsaku kini..
sering tewas tak mampu berdiri sendiri!
kerana alam tidak mengajar mereka lagi..

No comments:

Post a Comment