Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, October 14, 2013

Taubat.

Taubat.

Awan kelam di balik langit mendung
mengheret usia yang bercempera
tetap memupuk rasa bermuhasabah
sebelum balam-balam dipadamkan-Nya.

Bayang-bayang senja jingga merona
memperlihatkan garis usia yang perit, resah
berselang seli di antara debu dosa dan pahala
dalam gerak angin tak keruan, masih dingin.

Di hujung tirai malam, nisan mengamit taubat
menghulurkan tangan-tangan bertaut
menanam doa-doa pada akar keinsafan
sebelum roh permisi meninggalkan jasad
menyusuri lorong-lorong maha gelap, sunyi
Ya Allah, jadikan aku orang-orang terpilih
berbaris menuju pintu syurga-Mu.
Amin.

Sabby Yusoff
Ampang Jaya
06102013.

No comments:

Post a Comment