Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, October 14, 2013

Semangat Perjuangan Tidak Pernah Hilang.

Semangat Perjuangan Tidak Pernah Hilang.

Waktu ini
di gelincir mentari
kias semalam terpapar
di genting menular.

Mataku menjadi saksi
walau telingaku dituli
di laman ini bergelimpang
sekujur hati dibunuh.

Tanah pusaka masih terjarah
dijilat lembut lidah penjarah
amanat bonda kehilangan arah
kalimat bangsa hilanglah sudah.

Lebur dek janji-janji palsu
bermain aksara terhidang lesu
disaji suara bebayang semu
bergema konon pejuang bangsa.

Bagai dihempas taufan nafsu
kalbu dioles pemetik picu
dibakar pula kata bernista
angin perubahan dijanji cahaya.

Semuanya tersirna ditiup bayu
berterbangan tinggi bagaikan debu
seru suara hilang menyepi
setelah terpercik keringat diri.

Di pusara ini aku berdiri
darah terpercik menggila lagi
tersimbah di bumi bergalang ganti
nyawa ini punya penghuni.

Taufan yang datang sementara cuma
laut berombak tsunami tiada
bergoncang gunung menyepi juga
pencak silat menegak di muara.

Diusap lembut bertampuk kuasa
keris disarung tampak di dinding
rintihan bangsa harus dikira
gendang perang masih kusanding.

Biarpun perang sudah lama tamat
kuasa dicari telah tersemat
terus menyumbang walaupun sumbang
mantera rakyat harus dipegang.

Sazalee Sulaiman ... 06/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment