Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, October 15, 2013

PANTUN BEBAS 4

PANTUN BEBAS 4

Ke hujung kampung memasang belat,
belat disimpai gunakan rotan;
adab dijunjung dalam masyarakat,
budi disemai sepanjang zaman.

Bunga kertas subur ditanam,
pokok semalu melata di laman;
iman berdiri atas rukun yang enam,
amalkan selalu jangan abaikan.

Ke tanah pamah memburu rusa,
rusa diligan sehari-harian;
anak amanah dari Yang Kuasa,
didiklah dengan sesempurna amalan.

Tuan pendeta membina rumah,
rumah di kuala dijaga rapi;
masa bercinta semuanya indah,
dosa pahala ditolak ke tepi.

Memasang lukah di tengah sawah,
hingga ke asar tiada tangkapan;
sungai adalah satu anugerah,
jangan dicemar dengan enapan.

Qalam Bertinta
Klang
08102013
1229

No comments:

Post a Comment