Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 15, 2013

Bila...

Bila...

Bila hati riang
Senyuman girang
Sesekali pecah tawa
Jelingan manja
Dunia meriah
Bahagia melata
Di mana-mana
Bahasa tubuh
Terserlah segalanya

Bila hati beku
Diam membisu
Tunduk tersipu
Suara terkedu
Melayan nafsu
Amarah berlalu
Terasa buntu

Bila suara itu menegur
Katanya
Bercakaplah sepatah dua
Gemersik suaramu
Bergetar jiwaku
Telingaku mendengar
Mataku melihat
Hidungku mencium
Deriaku ada
Untuk memaksamu
Berkata-kata

Bila
Seorang aku
Demi maruah diri
Kata kata diludah
Tidak sekali-kali
Kembali menjilat
Belati bahasamu
Menghiris luluh
Musnah punah

Bila seorang aku
Membatu membeku
Kalamnya sudah mati
Sebelum ajalnya
Sumpahnya tegar
Kepantang nenek moyang
Kerana mulut badan binasa
Hati-hati semasa
Berkata bersuara
Kerana lidah tidak bertulang

Kini bahasaku isyarat bisu

CMA
7.42 malam
081013

No comments:

Post a Comment