Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, October 11, 2013

PANTUN ANAK RANTAU

PANTUN ANAK RANTAU

Denak mengigau di petak bendang,
Tupai ketawa di pekan sehari;
anak rantau di tempat orang,
pandai-pandai membawa diri

Rusa mengawan di balik titi,
di sana perigi di tepi tanjung;
jaga kelakuan baik pekerti,
ke mana pergi tetap disanjung.

Kedidi merasa ramuan di peti,
bertambah selera mengacah sotong;
budi bahasa imbauan hati,
ramah mesra janganlah sombong.

Bayan ternganga masa bertapa,
meratah mentega sukar dihenti;
jiran tetangga sentiasa menyapa,
ukhwah terjaga sampai ke mati.

Mengepung toman hala ke pekan,
melompat lontong digari kaki;
kampung halaman rela tinggalkan,
ke tempat orang mencari rezeki.

Nur Qaseh Aimie
30.9.13
kemaman.Terengganu

No comments:

Post a Comment