Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, September 25, 2013

TAKDIR ?

TAKDIR ?

Kaulihat puncak itu
awan gelap udara hanyir
serigala meratah daging
najis-najis bertakung
sesak nafas menghidu busuk
himpunan tulang bangkai
itu bahagianmu

kudratmu akan ditagih
pundak tanggung
membina kandang lembu pawah
ayam daging mudah ratah
kambing bebiri buat ufti
untukmu sisa basi
rintihmu tiada peduli

tabahmu menadah
kumbahan yang meloyakan
membelit pinggang
menjerut perut
merentap usus

bahasamu mudah
zikir gula biasa
ini takdir
Maha Kuasa

yahyaisa
Segamat Johor
15092013

No comments:

Post a Comment