Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

Harapan Di Masa Hadapan

Harapan Di Masa Hadapan

Rumahku di dalam lautan rimba
Berbumbungkan langit sejuta bintang
Lantaiku rumput, kayu nan menghijau
Berlampukan sinaran purnama
Inilah rumahku di dalam rimba;
Kawan,
Jangan hancurkan rumahku
Kerana hutan tidak tumbuh
Bagai cendawan bila hujan
Membasahinya;
Biarkan kami hidup aman
Dengan senda gurau
Dalam keriangan berkelompok;
Inilah Anugerah Allah
Alam flora dan fauna
Kerana,
Kami juga diciptakan punya harapan
Untuk melihat dunia masa hadapan.

Indahnya....

Ilham Minda,
Precious Hope
15/09/2013

No comments:

Post a Comment