Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, November 18, 2012

MASA-MASA DI SEKOLAH

MASA-MASA DI SEKOLAH

Musim-musim temasya di persada sekolah
Antara sisipan-sisipan masa yang telah meranum menjauh
Sesekali bila menghimbau isi kenangan yang terindah
Amat mengamit setiap denyut nadi tua penuh berhelah.

Masa-masa indah di sekolah membangkitkan bagai buku harian
Ada catatan pelbagai ragam sungguh menyenangkan
Santunkan jiwa keanak-anakan laram kebudak-budakan
Abadi di relung lohong silam kenang-kenangan.

Di sekolah kita selalu tak pernah mengira jilid susah
Ingin disapa ingin lulus periksa nombor satu di dalam darjah.

Sesekali menghimbau masa-masa di sekolah
Evolusi kedewasaan telah merubah segalanya
Kekadang kita lupa kisah-kisah dimarah
Omelan kita pada hari ini amat santun bermakna
Lupakan kisah diri tak lulus periksa di dalam darjah
Antara yang kita selalu tak ingin memilikinya
Hari-hari di sekolah indah gapai hujan walaupun memerah basah.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Semporna,Sabah.
260712@1525hrs (Khamis).

No comments:

Post a Comment