Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 12, 2012

SYAIR BAHASA

Demi maruah bahasa dilonjak,
Teruskan maju bertindak bijak,
Janganlah dicemar bahasa rojak,
Sistem pendidikan perlu dirombak

Apakah kita melihat sahaja?
Bila bahasa sedemikian dihina,
Kononnya lemah tidak upaya,
Tidak mampu menjana minda

Di dada sayu jikalau bernoda,
Kencang diragut milik bangsa,
Tergadai maruah diri tercela,
Bahasa ibunda terus disula.

Pembelot durjana licik bicara,
Luarnya manis dalam berbisa,
Enak didengar tapi pendusta,
Lidahnya satu bercabang dua.

Semua bersatu angkat bersama,
Kerahkan semua warga yang ada,
Sepadu tindakan kota dan desa,
Kita bermula di ruang Kembara Bahasa.

Mudah digincah harumlah aroma,
Semerbak kasturi dambaan warga,
Perasaan kalut hindarkan semua,
Aturkan langkah berjuang di arena.

Jangan sesiapa pertikai mengata,
Bahasa kita sekadar kelas ketiga,
Tidak setanding bahasa dunia,
Sekadar ditutur warga di desa.

Penyakit hatinya sudah melia,
Kalangan khalayak hatinya buta,
Ada telinga mendengar tiada,
Punca angkara bangsa tercela.

Makanan pejajah mereka hidangkan,
Kononya itu santapan kesihatan,
Bahasa sendiri zatnya kekurangan,
Bukan bahasa membawa kemajuan.

Bahasa asing mahu diperteguh,
Bukan kerana salahnya diasuh,
Mungkin kerana acuh tak acuh,
Bahasa sendiri dianggap lusuh.

Sudah bersaksi bahasaku luruh,
Maruah bangsa turut disentuh,
Hilang semua tempat berteduh,
Tamadun bangsa kian diruntuh.

YHI
28.5.2012
SMK CHAAH.

No comments:

Post a Comment