Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 23, 2012

Puisi : Duhai Mewangi, hadirlah ke sisi untuk kusyukuri.

Puisi : Duhai Mewangi, hadirlah ke sisi untuk kusyukuri.


Terima kasih ingin kuucapi
buat Sahabat yang amat kuhormati
hadirmu kembali bagaikan mimpi
sekian lama dibalut kabus ilusi
tak semena silau wajahmu dapat kutatapi
senyumanmu indah menawan hati
hangat tawamu bagaikan mentari pagi
kepinginku terus ingin mendengari
menghadir ceria buat diri ini
yang sudah lama kalis lali
akur redha hidup memencil diri
bahawa itulah kehidupan yang ditetapi
suatu realiti bagi hari-hari yang berbaki
berkelana menyendiri memecah sunyi

Terima kasih tetap kuulangi
buat Kasih yang asyik tersengih lagi
hadirmu sesungguhnya amat kukagumi
sekian lama dikau kalut menyelami
rupanya kini ketemu jawapan pasti
setelah jauh dikau sendirian melangkahi
adakah diri ini rupanya mampu menemani ?
menghadir ceria saling melengkapi
yang lebih tetap disyukuri
yang kurang sama-sama diperbaiki
yang sedikit pakat-pakat ditambahi
yang lemah sepakat disokongi
bahawa itulah kebenaran hakiki
saat pertemuan kini mendekati

Terima kasih berjutaan kali
buat Sayang yang kian mewangi
hadir kemesraan seikhlas hati
sekian lama tanpa penyeri
dikau ikhlas sudi menyanggupi
sesuatu yang telah lama kuputusi
kabur kemungkinan kusambung kembali
redup kasih untuk disayangi
ranum merinbum untuk dikecapi
santapan gemersik jiwa penuh berahi
sedangkan keliru tetap menghambati
sanggupkah bidadari merendah diri ?
kerna dikau pasti mengetahui
antara kita bagaikan langit dan bumi
tiada kemewahan untuk kuselimuti
diri ini pun bukannya muda lagi
banyak pagar yang tidak berganti
khuatir pula dirimu akan dicemuhi
kononnya bermimpi dikesiangan hari
menunggu sang putera sujud di kaki
meraih tangan untuk dikucupi

Terima kasih amat kusyukuri
buat Cinta, yang bertunas kembali
hadirmu Allah jua yang merahmati
sekian lama dikau memerhati
dalam bayangan dikau berilusi
mencongak rasa hingga menyakini
diri inikah yang telah Allah tetapi ?
buat pelengkap untuk dituruti
buat pelindung untuk diimami
dengan izin-Nya dikau menghampiri
dengan kehendak-Nya daku memahami
meskipun jurangnya amat ketara sekali
yang penting kehidupan Akhirat perlu dihalusi
yang wajar kehidupan dunia turut diberkati
agar akhir perkelanaan mencapai destinasi
jika dikau benar ikhlas ingin hadir ke sisi
tiada halangan untuk kubangkit metri
akujanji suri hiasan laman sanubari
hmm...harum mewangi semerbak hati
bersimpuh sopan bakal ibu mithali
tertib tereni anugerah Illahi.

Nukilan :
Din Kelate
6 Jamadil Awal, 1432 H
12 April, 2011
@ Hakcipta Terpelihara

No comments:

Post a Comment