Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 2, 2012

Puisi : Dilema Pernyataan Hasrat.


Kehidupan nan tersurat. sarat dengan pelbagai rentetan akibat. natijah langsung atas pilihan dibuat. yang hadir sering tersirat. dalam biasan warna ilusi munajat. hingga menyulitkan agenda penyampaian hasrat. dalam membajai ukhwah bersahabat. tanpa terbungkam menafikan tersilau kelibat. kuntuman kasih mewangi yang kian meredup lebat.

Aduhai, sememang ada kalanya berat. dalam mengimbangi hak di kala bersahabat. di antara si dia yang tulus perlukan nasihat. tanpa dipinta tetap perlukan penasihat. seri keikhlasan pemangkin limpahan berkat. dari Zat yang melimpahi rahmat. tapi dek tidak ingin bersikap tidak hormat. atas tersemainya benih minat. tuntutan memahami dia dengan lebih dekat. tanda akan berlakunya perubahan darjat. dari kini menantangnya hanya sebagai seorang sahabat.

Lantaran, pabila ukwah tertera semakin dibelai erat. disusuli perubahan usia yang semakin meningkat. lenguh longlai sejasad diri tanpa menggalas benda yang berat. namun pabila melihat insan lain disekeliling bahagia melayan cinta yang kian melekat. pasti akan melorongkan pelbagai persoalan terpahat. dalam letih lesu menanti kehadiran yang lama dihajat. kenapa dinafikan hak yang sudah lama tersedia dekat. dalam menelah apa jua hikmah yang tersurat.

Di sebalik gemersik kalbu yang kian hebat. tetap tersurat dilema yang berat. kerna tak semua jiwa mampu menerima pernyataan hasrat. meskipun disulam sebaik madah bicara yang hebat. lantas, akan ada jua jiwa yang bangkit memberontak atas serlahan ketulusan niat. hingga ada yang sanggup mengambil jalan yang singkat. dengan memutuskan talian ukhwah yang sekian lama mesra terikat.

Pabila hubungan ukhwah itu hanya merujuk pada pandangan akal yang mampu melhat. pasti penilaiannya akan tersasar jauh dari hikmah yang tersirat. tanpa sandaran kematangan ilmu kerohanian untuk dimanfaat. akhirnya akan terdesak menafikan segala kemungkinan hakikat. betapa akan berlaku suatu perubahan darjat. teman setianya tidak ingin kekal di sisi, hanya sebagai sahabat.

Yang menerawang dimindanya hanyalah sesuatu yang sukar diterima bulat-bulat. dengan tangkasnya menyanggah bicara yang tak bertempat. kerana rupanya sahabat harapan ingin bersikap keparat. dalam diam rupanya sudah lama tersumbat. dalam sedar ingin menganyam seburuk bejat. hingga sanggup pula menyulam khianat. memporak-perandakan ukhwah yang sepatutnya diperkuat. sedangkan empunya diri tidak pun ingin dan jauh sekali berminat. kecuali menerimanya hanya sebagai seorang sahabat. sebaiknya berhemah dalam menolak ajakan itu jika ikhlas tidak berminat. akan tetapi jangan sesekali pula ukhwah yang mesra dibiarkan terencat.

Ketahuilah duhai para sahabat. melafazkan nawaitu yang tersirat. adalah beban amanah diri yang paling berat. justeru ramai yang serahkan pada pihak yang ketiga membawa pergi sedulang hasrat. serta ada yang sanggup upah semanis madah bicara, walaupun hanya dua tiga kerat. tujuannya ialah semoga empunya diri terus dipandang smart. sedangkan ada suara yang tersekat-sekat. meskipun dirinya berdiri teramat dekat. di sisi si dia yang dia berminat. bahkan, penghantaran warkah melalui alam maya yang cepat. tetap membuat sesetengah jiwa jadi terkulat-kulat. pabila tiap patah yang ditaipnya terasa ralat. bukan takut akan disoal siasat. tapi khuatir apa yang ingin diluahkan tersasar kefahaman niat.

Justeru, sewajarnya yang menerima pernyataan hasrat hendaklah rasa terhormat. meskipun hadir rasa cuak, rimas dan tidak selesa yang mendekat. rujuk kepada-Nya yang Maha melimpahi rahmat. namun, bukankah lebih baik yang menutur rahsia hati itu adalah insan yang terdekat. yang selama ini kita sendiri memahami isi hatinya secara dekat. kerna jika jodohmu sudah ditaqdirkan, kini akan dipercepat. melangsaikan segala penantian yang perlu dibuat. menghunus segala bayang kesepian yang sering membikin gawat. maka bersyukur dan redhalah atas ketentuan yang kini dinobat !

Nukilan :
Din Kelate
13 Syawal 1433
1 September, 2012

No comments:

Post a Comment