Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 16, 2012

Pahatku Dicuri

Tiang seri telahpun siap berdiri
batu bata juga telah kususun amat rapi
hanya menanti atap untuk menaungi
menjadi pelindung hujan dan terik mentari
kebasahan di ubun cinta berahi.

Namun lain yang aku hajati
lain pula yang kini terjadi
rumah tempat berlindung yang cuba aku dirikan ini
banggunan pencakar langit yang tersergam di laman hati
menjadi kemushkilan di dalam benak bersanubari.

Tidak bisakah untuk aku kecapi kasih sayang milikku sendiri?
Hanya kerana pahat kesayanganku telah dicuri.

ss/spl/pm ... 16/9/2012.

No comments:

Post a Comment