Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, September 6, 2012

MENDUNG DI LANGIT TINGGI

Musim berpergian,
Emosi meruntun luluhkan iman,
Nadi di tangan,
Denyutnya sudah perlahan,
Uruskan usulan,
Nyawa lurut dari badan,
Gemalai sepasang tangan kiam tanpa bingit tangisan.

Di langit yang tinggi,
Intai oleh mendung menyapa bumi.

Langit tinggi,
Ada segugus mendung hampiri,
Nampak di hati raut wajah Saidina Ali,
Getar soalan mendung yang datang seperti malam damai,
Iringi pemergian pahlawan duniawi pasak bumi,
Terlalu gelap petang itu para sahabat risaukan kisah ini.

Tinggi darjat di atas sebuah nama besar,
Ingin sahabat ketahui dan bertanya kepada penghulu,
Nabi Muhammad apakah gerangan petanda yang besar,
Garapan sapanya seraya berkata Malaikat turun ke bumi sebagai tamu,
Gapai nama pahlawan ini kerana Allah memberikan hajat berkobar,
Ia seorang tetamu mendapat penghormatan di syurga yang hijau.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
050912@2305hrs(Rabu).

No comments:

Post a Comment