Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 5, 2012

JIKA KAU MANUSIA

JIKA KAU MANUSIA

Jika kau manusia
Maka ingatlah hidup bukan untuk sia-sia
Tapi bermatlamat semata

Jika kau manusia
Sedarlah bahawa tiada yang kekal abadi
Hanya Allah yang berkuasa

Jika kau manusia
Maka berperangailah seperti manusia
Kerana setiap tingkah dan laku
Kelak akan dihitung jua

Jika kau manusia
Mana hilangnya rasa belas dan kasihan
Bukankah itu sebagai pedoman

Jika kau manusia
Ingatlah bahawa kau bukan hidup sebagai raja
Tapi hanya hamba semata-mata
Buat Allah yang Maha Esa

PEACE NO WAR
— at Dalam Hati Ada Sayang

No comments:

Post a Comment