Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 5, 2012

Jelingmu Membawa Rahmat

Jelingmu Membawa Rahmat
oleh Embi Estar pada pada 4hb September 2012 pukul 10.41 pagi ·

kau tinggalkan kesan jelingmu
berkubang tajam di hati
mengganggu tidur yang nyaman
bertiti salam pada mimpi-mimpi
lalu menjemput rindu berpanjangan

salahkah hati jantung berdebar
kerana jelingmu menghantar kabar
dalam saat cuba mengosong asa
bertawassul mencari reda-Nya
gelora jelingmu mengalih niat

kiranya ini telah tersurat
tidak terniat mengubah hasrat
jalan selamat penuh berkat
berpandukan syara dan adat
jelingmu pasti membawa rahmat

Embi Estar - 4 September 2012

No comments:

Post a Comment