Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, September 13, 2012

JANGAN PINGGIRKAN SASTERA MELAYU

Jalan berliku masih jauh ke muara,
Ada kolam rasa banirkan titis duka,
Nyamankan ilham karang mencipta,
Garapan sastera budaya bangsa,
Aromanya tebarkan bunga indah bahasa,
Nafas selalu beranjak bahasa jiwa bangsa.

Perjalanan yang begitu jauh,
Impikan wajah kemilau mutiara,
Nasib menunggal tidak terbelah,
Gara-gara bermuram durja,
Gapai main-main tiada sungguh,
Ibarat melepas batuk di tangga,
Rimbunkan luruh mengugah,
Keindahan yang unik tatabahasa,
Ada yang tersiram bahang parah,
Neluri diri bagai telah mati.

Selama masa berputaran sepanjang zaman,
Aku adalah kamu,
Sering kali keseorangan,
Tanpa buah fikiran jua gedung kamus ilmu,
Epik ini telah lama tersimpul berkurun,
Rimbanya berakar penuh ranjau,
Amat daif sementera menunggu dihakis jangan.

Melayu adalah pemilik sastera biru,
Enak berhujah bahasa ilmu,
Lantaran hibat memukau,
Aku adalah kamu,
Yang tidak berpura pandai menipu,
Unggul dalam mertabat peradaban sastera melayu.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu
Segamat,Johor.
130912@1240hrs(Khamis).

No comments:

Post a Comment