Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, September 14, 2012

IDOLA (i)

IDOLA (i)

Lagu yang diputar sampai ke penghujung. Berselang selikan usikan yang mencuit hati, Sang Deejay bijak menarik kembali perhatian pendengar kepada topik sempena hari 1Malaysia yang bakal menjelang 16hb September ini.

Sang Deejay berkata: Bila disebut tentang 1Malaysia, yang terlintas di fikiran mungkin adalah 'Bestnya. Cuti panjang minggu ni. Nak ke mana ye?'. Kali ini saya menyeru pada semua pendengar agar berikan satu minit dari masa anda untuk diamkan diri seketika bagi mengingati jasa jasa mereka yang berjuang agar lahirnya 'Malaysia' yang kita sayangi hari ini. '

'Begitu juga. Jika anda masih mempunyai 1 minit lagi yang terluang, fikirkanlah tentang 1 tokoh, watak atau seseorang yang satu ketika berjaya menjadi pendorong pada siri anda. Siapakah Idola anda itu?'

Lagu kembali menyusul, suara sang penyanyi merdu, lembut membelai kalbu, halwa kepada telinga. Dalam kesesakan lalu lintas, dengan aliran udara sejuk dari pendingin hawa kereta, kata kata Sang Deejay kembali ke fikiran.

Siapa idola anda?

No comments:

Post a Comment