Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 16, 2012

Hujan

Titisan hujan
mulanya gerimis, menangis dan akhirnya menjerit
inilah wajah alir indah dalam kehidupan
menapak, berjalan dan berlari.

Renyai menabur budi
ribut memanggil mati
maka ukurlah mana muhibah mana musibah
usah menghitung di ruang salah
kelak lelah di baris penyudah.

Andai tak mahu berteduh, mandikan saja
jiwamu biar menadah basah
dari kau mengenang titis tak sudah
sesungguhnya angin mudah berubah.

Mentari, bulan dan bintang tak tersentuh
hujan datang bawa pengaruh
maka, andai saja kau mahu
pergilah bermain dengan hujan
ia segar dalam kehidupan.

.
Angah Arie
Di hujung pena, Seremban
14072011 18:30

No comments:

Post a Comment