Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 15, 2012

HUJAN DI KUALA TERENGGANU

HUJAN DI KUALA TERENGGANU

hujan di kuala terengganu

sama juga lebatnya
dengan hujan di kuala lumpur
maka usahlah kautanya
tenggelam atau tidak
lorong malam
ke rumahku yang terpencil

hujan di kuala terengganu

sama saja dinginnya
dengan hujan di kuala lumpur
maka usahlah kautanya
berselimut atau tidak
tubuh cintaku
dalam dakapan hangat
mimpiku yang entah ke berapa

hujan di kuala terengganu

sama saja lamanya
dengan hujan di kuala lumpur
maka usahlah kautanya
bilakah hujan itu reda
kerana kaupun tahu
setiap yang bermula
tentulah ada detik akhirnya...

chinta waza

14/09/2012 - 11.05pm
.

No comments:

Post a Comment