Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, September 7, 2012

DATANG DAN PERGI

DATANG DAN PERGI

Debar telah pecah melimpah,
Antara ribuan pengembara datang berhijrah,
Telah tertulis di bawah langit merah,
Amanat hebat bertinta pena jingga gagah,
Nyamankan damai senyum pun indah,
Gemburkan debu di atas batas tanah bertuah.

Dalam setiap lampiran kehidupan,
Ada janji tersimpan di lipatan suratan,
Nyata tiada satupun pemalsuan.

Pelangi yang mampir di simpang jalan,
Elegi riwayat yang akan berpergian,
Rapuhnya sebuah kesan menjadi lautan kenangan,
Girang beranjak lalu berakar dalam lamunan,
Insan datang adalah pengembara yang akan berpergian.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
070912@0457hrs(Jumaat).

No comments:

Post a Comment