DARI KACAMATA BEKAS PENGHUNI LORONG
Lorong itu gelap dan hitam
hanyir dan hapak
berdebu lagi berliku dan amat tepu
tetapi ... ,
di lorong itu jugalah
aku menemui diri-Mu di dalam diriku,
aku menemui ... ,
Nur Kasih Sayang-Mu di dalamnya aku.
Ya Allah ... ,
aku bersujud kepada-Mu
aku bersyukur kepada Diri-Mu
kerana Engkau memberikan Hidayah-Mu
Engkau memberikan pertunjuk-Mu
di sebalik kusam dan kelam
ada cahaya di sebalik kegelapan.
Aku kini kembali ke jalan keredhaan-Mu.
ss/spl/pm ... 7/9/2012.
di lorong itu jugalah
aku menemui diri-Mu di dalam diriku,
aku menemui ... ,
Nur Kasih Sayang-Mu di dalamnya aku.
Ya Allah ... ,
aku bersujud kepada-Mu
aku bersyukur kepada Diri-Mu
kerana Engkau memberikan Hidayah-Mu
Engkau memberikan pertunjuk-Mu
di sebalik kusam dan kelam
ada cahaya di sebalik kegelapan.
Aku kini kembali ke jalan keredhaan-Mu.
ss/spl/pm ... 7/9/2012.
No comments:
Post a Comment