Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, September 14, 2012

Dalih Mencari Dalil

jejak-jejak yang ditinggal
adalah warisan dan sejarah silam
yang darinya kita semakin tahu
akan kesilapan dan kebenaran
bahkan bermula dan akan berakhir di mana
apakah ia menyakitkan atau menyenangkan
sedang di hadapan belum pasti apa
dan bagaimana
cuma mencuba dan berilusi
berdasarkan pengetahuan dan praktis kehidupan
lalu andai ada kecundangan
bisa saja balik ke pangkal jalan
dan mulakan perbincangan
seikhlas dan keterbukaan
kerana kita adalah peamanah
bagi mencari sesuatu kejayaan
yang tergalas kemas di pundak
dan khalifah adalah kita
petugas yang dipercayai
lalu akan adakah dalih mencari dalil
melepaskan rantai tanggungjawab

kembalilah pada jejak-jejak
yang di dalamnya ada sejarah tersendiri
tercatat kemas pada mereka yang tahu
dan yakinlah sejarah telah mendidik kita
dan kebaikan serta kesempurnaan di hadapan
sejarahlah cerminnya.

Abdullah Tahir
13 September 2012

No comments:

Post a Comment