Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, September 11, 2012

AIR DI TEMPAYAN DITUANG JANGAN

Ada guruh di langit tumpahkan kilat,
Irung di tangan menyala menyembar petir,
Ribu juta mendung terbit memalit parut sakit.

Dalam keranuman dentum bunyi guruh,
Ingatlah selalu air di tempayan dibuang jangan.

Terlalu mengharapkan yang di pocokan,
Erik pijak di kaki,
Memaki hujan turun ke bumi bercucuran,
Pelangi mati di kaki langit tinggi,
Agak malang warna juga berciciran,
Yang digendong gugur sendiri,
Atas nama peradaban awal persediaan,
Nantikan turun hujan mencurah dingin abadi.

Dituang jangan air di tempayan,
Ia satu tunas muda bekal sebelum titis hujan,
Tangan yang panjang ajar aku menyebut jangan,
Untuk sisa dibuang dalam curah pembaziran,
Apakah gerangan,
Nasib tempayan tanpa isi awalan,
Guruh di langit gagal turunkan titis-titis air hujan.

Jangan berkata sialan,
Antara celah-celah mendung turun hujan,
Nanti tiada kedengaran yang rungut-rungutan,
Ghaibkan deru luruh tiupan angin,
Anjakkan nyaman,
Nantikan hujan selepas air di tempayan dituangkan.


Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Kg.Pakalangan,Semporna Sabah.
110912@0548hrs(Selasa).

No comments:

Post a Comment