Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, October 12, 2013

Pesanan Terakhir

Pesanan Terakhir

Berjuanglah dengan penuh bermaruah
setelah kamu jenuh berusaha
yang tinggal hanya meluah apa saja
yang ada di minda.

Tenangkan diri dan jiwa
lapangkan dada
lupakan seketika
hal-hal tak berguna
fokus kepada kertas periksa.

Iringi perjuangan bersama doa
panjatkan syukur kepada-Nya
memberi kesihatan sepanjang masa
mohon dipermudahkan menjawab soalan ditanya
moga jawapan menepati skemanya
maka kejayaan milik anda.

Di dewan nanti, tanya, tanya, dan tanya
apakah kehendak soalannya
sediakan rangka mencapah isinya
senaraikan yang mana lebih utama
jangan tulis ikut suka
huraian dan contoh mesti ada
baru diterima markah pun berganda.

Cikgu-cikgu dari kejauhan berdoa
moga kalian dipermudahkan-Nya
idea datang seperti curahan hujan derasnya
ingatlah pesanan-pesanan berguna
aplikasikan sebaik-baiknya
yakin pada kebolehan diri anda
pasti akan berjaya
percayalah;
InsyaAllah,
InsyaAllah,
InsyaAllah dipermudah.

CNM, 1/10/13

No comments:

Post a Comment